Sunday, 11 March 2012

MENDAPAT KEREDHAAN SUAMI

“U ni belajar la syukur, asyik tak puas hati je”
“I sebenarnya bersyukur, bukan tak syukur kerana kahwin dengan dia. Cuma… ”

“Pompuan la paling ramai tak masuk syurga”
“Ya, I tau.”

“Kalau suami tak redha pun dah jadi dosa, nak mengucap pun tak boleh masa nak mati tu, tak takut ke? kalau I, tu yang paling I takut jadi isteri. ”
“Memang I takut tapi I tak rasa apa yang I buat tu tak salah.I cuma pertahankan hak I, tu aje.”

“Habis,U nak teruskan juga?”
“Ya, demi masa depan I. Lagipun kalau isteri dah lakukan segalanya ikut hukum syarak, dan suami masih tak redha dengannya itu tak jadi hal. ”

“Siapa kata? Apa-apa hal pun isteri tak boleh buat gitu. Walaupun suami buat salah itu hal dia dgn Allah tapi isteri tetap kena jaga hati suami.”
“Maksud U?”

“Isteri kena patuh dan jaga hati suami supaya suami sentiasa redha dengannya. Jgn ambil mudah hal ni.”
“Tapi I tak nampak apa salah I. Cam yang I kata, I cuma pertahankan hak I sebagai isteri kerana selama ini I rasa dia kurang prihatin tentang hak I.”
“U ni tak faham atau buat-buat tak faham? Kalau dia tak berikan hak U seperti yang U rasa tu…tu antara dia dgn Allah swt. Tak ada kaitan dengan isteri. Isteri tetap kena taat pada suami.”
“Jadi apa isteri boleh buat? Takkan nak diamkan diri saja dan terus dianiaya? ”

“Isteri boleh mengadu kepada Allah dan kepada mahkamah syariah. Tapi kalau dua-dua buat silap dua-dua masuk neraka.”
“Bukankah isteri kena taat pada suami berdasarkan perkara-perkara ikut hukum Islam aje?”

“Betul la, masing-masing ada tanggungjawab”.
“Jadi apa masalah sehingga U tak sokong tindakan I ni? ”
“Isteri kena taat pd suami selagi tak menyalahi hukum agama. Yang hal suami tak taat pada hukum Allah, itu antara dia dgn Allah. Tak ada kaitan dengan isteri. ”
“I cuma luahkan rasa tak puashati I jer.”

“Pada dia .. luahkan perasaan itu bukan salah. Tapi kena betul cara yang U buat tu. Jangan sampai melukakan hatinya dan menyebabkan dia benci. Ingat, keredhaan untuk isteri masuk syurga ada 2…satu dgn Allah, 1 lagi dgn suami. ”
“Jadi apa yang patutnya I lakukan?”

“Cara bagi tau rasa tak puas hati pun kena cara yg betul agar suami U tak kecil hati. Kalau dia terasa hati dengan U, U dah jadi derhaka tau. ”
“Jadi apa harus I buat sekarang? I sayangkan suami I tu, bukan I sengaja nak sakitkan hati dia pula. I pun tau berdosa isteri yang sakitkan hati suami. ”

“Tau tak pe. Ingat, isteri yang suaminya tidur dalam keadaan marah padanya akan dilaknat malaikat sehingga dia memohon ampun pada suaminya, dan menebus kesilapannya tu.”
“I tau tu. ”

“Lagi satu, kalau suami U mati dalam keadaan dia marah pada U, U takkan dapat cium pintu syurga walaupun U buat banyak amal jariah semasa hidup U. ”
“Ishhh.. takkan sampai begitu sekali. ”

“U ingat I main-main ker? Isteri yang berdosa pada suami walaupun sekecil-kecil zarah akan ditolak doanya oleh Allah swt.”
“Tapi I bukan hamba suami I. I isteri dia.”
“I taulah U isteri. Tapi nak dapat gelaran isteri solehah U kena penuhi 2 syarat yang sekarang ni dah semakin kurang di kalangan para isteri. ”
“Apa 2 syarat tu? ”

“Pertama, U kena taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Kedua, U kena taat kepada suami.”
“Contoh taat kepada suami? ”

“Perbetulkan niat U tu ketika melakukan setiap perkara. Niat yang sempurna itu tidak lain dari melakukan sesuatu untuk dapatkan keredhaan Allah. ”
“Jadi I kena sentiasa melayan suami dengan baik demi mendapat keredhaan Allah?”

“Rasullah paling kasihkan Khatijah kerana dia yang paling berjasa pada suami. Ingatlah.. berbuat baik kepada suami di dalam Islam dianggap ibadah yang utama.”
“Tapi bagaimana pula dengan hak I sebagai isteri? ”

“U takkan rugi apa-apa kalau U memelihara kewajipan U pada suami. Janji Rasulullah kepada kita, yakni mana-mana perempuan yang taatkan suaminya, patuh dan setia, apabila meninggal dunia dan suami redhainya, maka dia dijamin masuk syurga.”
“Ok, I dah faham. Mekacih kerana menegur I.”

“Sama-sama. Di dalam Islam, suami hanyalah jalan untuk isteri memperoleh redha Allah. Cinta suci hanya lahir daripada iman dan taqwa. Hati orang yang bertaqwa adalah untuk Allah dan rasulNya. Ia berlainan dengan cinta sesama manusia tanpa ketaqwaan pada Allah, yang sering dihebohkan dalam media hari ni.”
“Doakan kebahagiaan rumahtangga I. ”

“InsyaAllah. Sentiasalah hormat dan melayan suami dengan baik. Bila suami kasih, Allah akan redha dengan kita.”

Sabda Rasulullah, “Khatijahlah yang memberi kebahagiaan ketika orang lain mencelakakanku. Dialah yang menghiburku dalam penderitaan ketika semua orang membenciku. Dialah yang memberi seluruh hartanya kepadaku ketika semua orang menahan pemberiannya. Dan dialah yang menganugerahkan kepadaku anak ketika isteri-isteri yang lain tidak memberikannya.”(Shahih Bukhari dan Shahih Muslim)

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
“Sesiapa yang mengkehendaki (dengan amal usahanya) mendapat manfaat di akhirat, Kami akan memberinya tambahan pada manfaat yang dikehendakinya dan sesiapa yang mengkehendaki (dengan amal usahanya) kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan) dan ia tidak akan memperoleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.”

(al-Syura: 30)

Monday, 5 March 2012

berikan rasa itu

Malam selalu panjang
Membuatkan aku merindukanmu... .
Namun aku tak mampu lagi bertahan...
Dalam permainan cinta dustamu... .
Lalu aku membuang engkau jauh bersama - sama kenangan itu.
Dan aku tak akan izin walau sedikit pun ia
berada di kotak fikiranku... .

Ya Allah...

Berikan aku kekuatan di saat aku rebah
Berikan aku Ketenangan di saat jiwa ku patah
Berikan aku kedamaian di saat hati dan jiwaku kusut dan terbelah
Berikan aku seluhur kasih sayangMu...
Berikan aku semurni cintaMu
Berikan aku semua rasa - rasa itu...

Ya Ar- Rahman, Ya Ar Rahim,

Secantik namaMu Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Yang akan memenuhi setiap rasa dan doa- doa makhluk Mu

Berikan aku rezeki halal supaya aku sihat
Berikanku kesihatan yang baik supaya aku dapat beribadat
Berikan aku kebahagiaan yang berhak aku dapat
Berikan aku cinta sejati yang menyenangkan
Berikan aku kasih sayang yang mendamaikan
Tolong sedarkan aku andainya ada waktu
Aku alpa dan jauh dari Mu...
Berikan aku rasa itu supaya Engkau tidak jauh dari ku... .
Ya zaljalalli wal ikrammm... .

Saturday, 3 March 2012

Ya Allah

Hanya Allah saja yg tau perasaan ku skrg ni..aq xtau mau watpa..aq rsa x sedap ati..npa smua ni terjadi ma diri aq..pa slh aq ma dia..

aku pasrah

Terkadang, aku harus pasrah dengan segala yang berlaku. Bukan kerana aku menyerah kalah akan sebarang kesulitan, tetapi kerana aku tidak sanggup lagi menghadapinya. Mungkin ini yang Allah tentukan buat aku, kerana Allah ingin menguji aku seberapa ikhlas kah aku terhadap dia. Namun, walaupun telah berulang kali aku disakiti, aku masih tetap berada di sisinya dan tidak pergi meninggalkan dia. Aku hanya berharap semoga di suatu hari nanti, dia akan berubah.. aku memberi dia waktu untuk dia berubah, walaupun di saat itu aku hampir terjelepuk jatuh dan kesakitan dengan perbuatannya. Itu tanda bahawa aku menerimanya dengan ikhlas.
Walaupun telah berulang kali dia mengatakan bahawa dia akan berubah, namun, hakikatnya dia tidak seperti yang dia janjikan pada aku. Aku tidak mengharapkan manusia yang sempurna, kerana  ianya adalah suatu kemustahilan. Namun aku hanya mengharapkan supaya dia belajar dari setiap kesilapannya dan berusaha untuk tidak mengulanginya kembali. Bagi aku cukup dengan itu, aku ikhlas menerimanya.. Setiap baik dan buruknya.
Namun apabila dikenangkan kembali, sudah beribu kali aku memberi peluang kepadanya. Namun nampaknya tiada tanda keberhasilan. Dan aku pasrah padaMu ya Allah, bahawa mungkin aku tidak tercipta untuknya dan pasti ada seseorang yang lebih baik menunggu..
Aku meletakkan segalanya di tanganMu ya Allah.. bahawa sesungguhnya aku adalah hambaMu yang lemah.. yang mengharapkan pertolongan Mu, yang mengharapkan belas kasihanMu..

kini aku pasrah dengan segalanya

Kutabahkan hatiku harungi hidup.. biarpun tiada siapa yang menemani..Keseorangan aku di lautan sepi..ditinggalkan mereka yang aku percayai..Namun ku tahu ada hikmahnya setiap segala yang menimpa diri..Kuserahkan segala padaMu Tuhan..Yang berkuasa jua mencipta kerana engkau Maha Mengetahui segala apa yang terbuku di hati..
 Ya Allah tidakku terdaya lagi menahan dugaan yang mencabar ini.. terasa bagai noktah telah kutemui mengakhiri segala yang telah aku mulai..Ya Allah engkau lindungilah aku..bekalkanlah daku dengan limpahan iman..agar tabahku menghadapi dugaan..agar tidakku berhenti di pertengahan ..kini di sini aku berdiri.. bersama harapan yang tulus suci..Agar terbitlah kembali menteri pagi..setelah malamku berkalut benci..

Aku hanya manusia lemah yang punya hati... yang punya perasaan.. punya hati.. hati yang lembut,, dan mampu untuk menangis...aku tidak kuat. .. tidak kuat untuk berhadap dengan semua ini.
namun semuanya terjadi ada hikmah. aku sedar. aku hanya mampu untuk pasrah..
pasrah untuk segalanya... 

Thursday, 1 March 2012

Aku Redha dengan ketentuanmu Ya Rabb!

Ya Allah, Kuatkan lah hati.. Tenangkan lah hati.. Senangkan lah hati.. Kalau betul dia untuk ku, mempercepatkan segala urusan yang baik, sekiranya, dia bukan untukku, maka redhai lah hatiku dengan ketentuanmu. Aku tahu, Engkau akan berikan yang terbaik dalam hidupku ini. Ya Rabb, kau tenangkan lah hati.. Berikan ketenangan yang teramat kepada hati dan jiwa ini. Sucikan segala perbuatanku di sepanjang hayat hidupku ini. Ya Allah, engkau maha mengetahui lagi maha penyayang. Engkau yang mengaturkan kehidupan hamba-hambamu ini. Kamu yang menentukannya. Aku memohon agar engkau mempercepatkan urusan yang baik jika itu yang terbaik untukku. Jika tidak, aku Redha dengan ketentuanmu. Ameen Ya Allah~ Ameen Ya Rahman~ Ameen Ya Rahim~ Ameen Ya Rabbal’Alameen~

Ya Allah…..aku ingin ketenangan

Ya Allah…
Jangan biarkan kebencianku pada orang-orang yang menyakiti-ku,
membuat diriku zalim…
Tapi jadikanlah musuhku adalah guru kehidupanku. ..
agar aku bisa belajar janganlah mencontoh perbuatan mereka.
Berikanlah aku kelapangan hati dan kejernihan berpikir,
agar aku sukses mengolah jiwa menjadi hamba yang tenang.
Agar hati ini dipenuhi rasa cinta & kasih sayang pada sesama,
termasuk mengasihi musuh-musuh- ku…
Ya Allah apakah aku bisa memiliki sifat itu ?
Yang aku tahu itu adalah sifat orang-orang suci seperti Nabi Musa, Nabi Isa atau bahkan Nabi Muhammad
Hari ini aku ingin menangis,
untuk melepas sejenak kepenatan diri dalam menghadapi proses kehidupan.
Allah mohon ampuni aku atas segala salah dan dosa dari akil baligh hingga saat ini.
Aku mohon Ya Allah…
Putuskan rantai kejelekan yang ada padaku tidak menurun ke anak cucuku kelak.
karuniakan kepadaku keikhlasan tiada batas dan kekuatan untuk senantiasa melanggengkan setiap amal soleh yang telah, sedang dan yang akan kita kerjakan.
Berikan aku ketenangan Ya Allah!!!!
Berikan aku ketenangan… agar aku dapat meneruskan hidup di muka bumi mu ini……