Saturday, 3 March 2012

aku pasrah

Terkadang, aku harus pasrah dengan segala yang berlaku. Bukan kerana aku menyerah kalah akan sebarang kesulitan, tetapi kerana aku tidak sanggup lagi menghadapinya. Mungkin ini yang Allah tentukan buat aku, kerana Allah ingin menguji aku seberapa ikhlas kah aku terhadap dia. Namun, walaupun telah berulang kali aku disakiti, aku masih tetap berada di sisinya dan tidak pergi meninggalkan dia. Aku hanya berharap semoga di suatu hari nanti, dia akan berubah.. aku memberi dia waktu untuk dia berubah, walaupun di saat itu aku hampir terjelepuk jatuh dan kesakitan dengan perbuatannya. Itu tanda bahawa aku menerimanya dengan ikhlas.
Walaupun telah berulang kali dia mengatakan bahawa dia akan berubah, namun, hakikatnya dia tidak seperti yang dia janjikan pada aku. Aku tidak mengharapkan manusia yang sempurna, kerana  ianya adalah suatu kemustahilan. Namun aku hanya mengharapkan supaya dia belajar dari setiap kesilapannya dan berusaha untuk tidak mengulanginya kembali. Bagi aku cukup dengan itu, aku ikhlas menerimanya.. Setiap baik dan buruknya.
Namun apabila dikenangkan kembali, sudah beribu kali aku memberi peluang kepadanya. Namun nampaknya tiada tanda keberhasilan. Dan aku pasrah padaMu ya Allah, bahawa mungkin aku tidak tercipta untuknya dan pasti ada seseorang yang lebih baik menunggu..
Aku meletakkan segalanya di tanganMu ya Allah.. bahawa sesungguhnya aku adalah hambaMu yang lemah.. yang mengharapkan pertolongan Mu, yang mengharapkan belas kasihanMu..

No comments:

Post a Comment